Hentikan penggunaan buku log atau spreadsheet yang serabut. CarAdmin Pro ialah sistem berasaskan web moden yang direka khas untuk pengedar kereta terpakai Malaysia bagi menguruskan stok, kos, dan jualan secara digital.
Direka untuk kecekapan, sistem kami mengandungi semua modul penting untuk operasi harian perniagaan kereta terpakai anda.
Daftar, kemas kini, dan jejak semua unit stok anda. Masukkan No. Plat, No. Casis, Engine, Model, Tahun, dan Warna dengan mudah.
Jangan biarkan kos repair "makan" untung anda. Log setiap kos pembaikan dan penyelenggaraan untuk setiap unit bagi mengetahui modal bersih sebenar.
Simpan salinan digital dokumen penting seperti Geran, Resit Pembelian, dan Resit Repair. Carian pantas jika diperlukan oleh pihak berkuasa.
Dapatkan gambaran jelas kesihatan kewangan anda. Lihat total jualan, total kos modal, dan untung bersih dikira secara automatik oleh sistem.
Akses inventori anda dari mana-mana sahaja, bila-bila masa menggunakan komputer atau telefon pintar. Data anda selamat dalam pelayan peribadi.
Generate Invois Jualan dan Surat Serahan Kunci profesional secara automatik terus dari sistem setelah jualan disahkan.
Kami sangat yakin sistem ini akan memudahkan kerja anda. Jangan percaya cakap kami, cuba sendiri menggunakan akaun demo kami sekarang.
Buka Link Demo